..i am what i am..try to enjoy my life till the fullest..

Sunday, July 29, 2012

The WEIRD PHOBIAs


Chorophobia
(fobia terhadap tarian)
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.

Geliophobia 
(Fobia terhadap gelak ketawa)
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

Arachibutyrophobia
(Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut)
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!

Heliphobia
(Takut kepada cahaya matahari)
Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.
Geniophobia
(Takut kepada dagu)
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

Optophobia
(Fobia untuk membuka mata)
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.

Neophobia
(Takut kepada benda-benda baru)
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.
Syngenesphobia
(Takut pada keluarga dan saudara mara)
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.
Ablutophobia
(Takut untuk mandi dan membersihkan diri)
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.

Deipnophobia
(Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam)
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.

Shisha bagus ker?

Apakah Sebenarnya Shisha Itu?
Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika dan Asia lebih kurang empat
kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:
  • Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.
  • Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.
  • Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.
  • Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat shisha tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih dari satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.


Hukum Penggunaan Shisha
Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai shisha, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok, bahkan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa shisha itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.
Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan shisha membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram.~peace

Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/

Saturday, July 28, 2012

ict~wajib pergi

Actually..dh lma menjakunkn diri kat ict nie..bru skang nk update..hehe..op kos, tmpat nye agak gojes gitu..byk lmpu2..rmai org..err..nk tgkap gmbar pon background pnuh dgn org..oh hoo...
the most unforgettable memories as we spend time together as family n sanak saudara..
~peace

Boleh pndg2..jgn pegang2..

see...i told u..rmai org sgt sendat mata mmndang..

cm nk jual aiskrim plak..

hahaha...sy la superhero yg mjaga keamanan bumi..pkai pnyapu??

merry-ah..candid la knon..see my granny there?oh my..

my happy fmily..ne bdk comel 2?opps..sy jd phtgrapher..haha..my 2nd bro di ats kapal kot..

haziq baby boo..jakun la 2..

4 dara pingitan yg obsess dgn camera

Friday, July 27, 2012

Specialnye Hari Jumaat


Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
indahnye hari jmaat..btambah indah dgn lafaz zikrullah..slamat beramal..
~peace

Wednesday, July 25, 2012

kueh mueh melayu

my entry diz time just to remind myself to get to know more about kueh mueh..(bukan tawu mkn jer)..cm kawanku berceloteh "t nk wat kueh utk suami@isteri..silap kueh pula.."..hmm..my bad..
kueh ape yer yg sedap??byk sgt..terliur plak..lebih2 lg bln puasa ini..adoyai..huhu..
mgkin kah 1 hari nnti ak jd master chef wat kueh??hohoho..berangan lebih >_<
~peace

Apam Gula Melaka

Buah Melaka


Pau Sambal

Kuih Dadar (Gulung)

Kuih Kasui

Kuih Koci

Kuih Karipap (Epok2)

Kuih Lepat Pisang

Kuih Lapis
(p/s kawan : im wrong..nie kuih lapis..bkn talam..hehe)

Kuih Seri Muka

what's your colour?

life is full of colors..dont u think so?wlau org salu ckp " inilah htam putih kehidupan"..tapi realitinya..skeliling kite pnuh wrna wrni..yg smstinye mceriakn segenap ruang yg ada..

*laut luas nan biru
*api merah yg membara
* pokok hijau melambai2
* err..sungai kotor yg wrna mcm teh ais??

nmun ada aura dan rhsia tsembunyi dsebalik wrna2 yg tercipta..kjian jge mnnjukkan wrna mmpu mcerminkan personaliti kita.btul ke??

p/s: mnusia sndiri yg mnentukan kesopanan adab dan keperibadian yg mulia.yg penting, sma2 la kita mjga hati, mata, dan mulut yg bkata2..~
~peace

> > December 23rd ~ January 1st = Red
> > January 2nd ~ January 11th = Orange
> > January 12th ~ January 24th = Yellow
> > January 25th ~ February 3rd = Pink
> > February 4th ~ February 8th = Blue
> > February 9th ~ February 18th = Green
> > February 19th ~ February 28th = Brown
> > February 1st ~ March 10th = Aqua
> > March 11th ~ March 20th = Lime
> > March 22nd ~ March 31st = Purple
> > April 1st ~ April 10th = Navy
> > April 11th ~ April 20th = Silver
> > May 2st ~ May 14th = Blue
> > May 15th ~ May 24th = Gold
> > May 25th ~ June 3rd = Cream
> > June 4th ~ June 13th = Grey
> > June 14th ~ June 23rd = Maroon
> > June 24th = Grey
> > June 25th ~ July 4th = Red
> > July 5th ~ July 14th = Orange
> > July 15th ~ July 25th = Yellow
> > July 26th ~ August 4th = Pink
> > August 5th ~ August 13th = Blue
> > August 14th ~ August 23rd = Green
> > August 24th ~ September 2nd = Brown

> > Sept 3rd ~ sept 12th = Aqua 
> > Sept 13th~ sept 22nd = Lime
> > Sept 23rd = Olive
> > Sept 24th~ Oct 3rd= purple
> > Oct 4th~oct 13th = Navy
> > oct 14th~oct23th= silver
> > Oct 24th~ Nov 11th = White
> > Nov 12th ~ Nov 21th = Gold
> > Nov 22th ~ Dec1st = Cream
> > Dec 2nd ~ Dec 11th = Grey
> > Dec 12th ~ Dec 21st = maroon
> > Dec 22nd = Teal




Emas

  • Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.
  • Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih
  • Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
  • Negatif: Boros berbelanja 
Kuning
  • Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
  • Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah. 
Merah
  • Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
  • Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.
Hijau
  • Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu. 
  • Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.
Merah jambu
  • Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
  • Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.
Coklat
  • Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
  • Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.
Perak
  • Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.
  • Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.
Ungu
  • Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah. Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.
  • Negatif: Sombong dan sedikit emosi. 
Hitam
  • Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
  • Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.
Kelabu
  • Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.
  • Negatif: Cengeng dan agak pemalas
Jingga
  • Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
  • Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.
Biru
  • Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.
  • Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.
*WRNA YG XDE 2..CARILAH YG SEAKAN-AKAN YER..PEACE~

Tuesday, July 24, 2012

Tazkirah Puasa

entry kali nie insaf sikit..spaya mberi peringatan dan pngetahuan pd readers mhupun diri sndiri..
~peace

Apa itu puasa??


Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya.

lafaz niat.


Lafaz puasa




Sunat puasa


Perkara yang membatalkan puasa